suria

Boeing, Turkish Airlines Muktamadkan Tempahan 737 Max 8S

KUALA LUMPUR: Boeing dan Turkish Airlines telah memuktamadkan tempahan untuk 15 pesawat 737 MAX 8s tambahan, bernilai US$1.6 bilion pada harga senarai.

Tempahan itu dibuat susulan pengumuman pada Mei 2013 apabila syarikat penerbangan negara Turki itu membuat tempahan paling banyak pesawat dalam sejarah, dengan 50 pesawat 737 MAXs dan 20 737s generasi akan datang, kata syarikat pembuat kapal terbang itu dalam satu kenyataan.

"Tempahan hari ini merupakan satu lagi komponen strategi pertumbuhan berterusan kami, dengan 737 MAX menyediakan Turkish Airlines dengan fleksibiliti merentas rangkaian kami yang diperluas," kata Ketua Pegawai Pelaburan dan Teknologi Turkish Airlines Dr Ahmet Bolat.

Susulan perjanjian itu, Turkish Airlines mempunyai lebih 100 tempahan pesawat Boeing yang belum dipenuhi, 65 kapal terbang 737 MAXs, lebih daripada 25 737s dan 20 pesawat 777-300ER (Extended Range). 


Boeing

Artikel Lain