suria

Industri Disaran Guna SKPK

KUCHING: Pengusaha industri disaran menjadikan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) sebagai rujukan bagi memastikan pelaburan terhadap sumber manusia diuruskan secara berkesan dan sistematik.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Nidzam Kamarulzaman berkata SKPK dapat menjadi rujukan penting bagi pihak industri untuk membangunkan sumber tenaga manusia mahir.

"SKPK dapat diguna pakai bagi menanda aras program-program latihan kemahiran agar kualiti latihan kemahiran adalah selaras dengan keperluan industri dan bidang ekonomi yang diberikan keutamaan," katanya semasa berucap pada majlis penutupan 'Sidang Kemuncak Sumber Manusia" Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan Ke Arah Pembangunan Negara Berpendapatan Tinggi' di sini pada Khamis.

Menurutnya sehingga kini sebanyak 1,499 SKPK telah dibangunkan untuk kegunaan industri dan pusat latihan di Malaysia sebagai panduan pembangunan sumber manusia mahir.

"Sebanyak 1,177 buah institusi latihan yang telah ditauliahkan oleh jabatan dan seramai 1,323,933 orang (pekerja) telah memiliki Sijil Kemahiran Malaysia," katanya.


SKPK

Artikel Sebelum

Artikel Lain