KUALA LUMPUR: Syarikat jualan langsung, Qnet melancarkan produk penyelesaian penjagaan rumah sepenuhnya untuk memastikan udara dalam persekitaran rumah bersih dan segar serta air minuman bertapis, beralkali dan memberikan tenaga. "Dengan peningkatan penyakit bawaan udara dan bawaan air serta jerebu yang menyelubungi kebanyakan tempat di rantau ini, penting bagi ibu bapa untuk mengambil lebih penjagaan dan perlindungan untuk memastikan keluarga mereka tinggal di rumah yang persekitarannya bersih dan selamat," kata Pengarah Urusannya J.R. Mayer dalam satu kenyataan. Produk penjagaan rumah terbaharu Qnet termasuk AirPure2, versi lebih baik daripada produk asal. "Sistem tapisan udara empat peringkat membenarkan anda untuk menyedut 99.97 peratus udara bersih, ia seperti menyedut udara segar dari Alps. Ia turut menyerap gas dan menghilangkan bau yang tidak menyenangkan seperti asap tembakau," katanya. Qnet turut menawarkan alat HomePure yang baharu seperti HomePure Eaze, HomePure Prefilter dan HomePure Alkaline Jug.