suria

Sarawak HDC, Rama Guomao China Metrai MoU

Datuk Amar Abang Johari Tun Openg

KUCHING: Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (HDC) baru-baru ini menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan RAMA GuoMao (CQ) Co Ltd China untuk bekerjasama dan membangunkan projek perumahan di Sarawak.

"Majlis menandatangani MOU itu merupakan langkah pertama ke arah pembangunan dan perancangan semula sektor perumahan yang dilaksanakan oleh HDC di Sarawak.

"Ia juga memformalisasikan kerjasama Sarawak-China dan mengesahkan komitmen bersama untuk membangunkan dan melaksanakan projek perumahan yang berpotensi di negeri ini," kata HDC dalam satu kenyataan.

Melalui MOU itu, RAMA GuoMao akan mencadangkan beberapa kemungkinan kerjasama dengan HDC, terutamanya dalam membangunkan dan merancang semula sektor perumahan mampu milik di Sarawak.

"HDC berminat untuk bekerjasama dengan RAMA GuoMao (CQ) Co. LTD untuk membangunkan kawasan perumahan baharu, terutamanya di Kuching," katanya.

Mengulas mengenai majlis itu, Menteri Perumahan negeri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata pemeteraian MOU itu memulakan hubungan kerjasama yang lebih rapat antara Sarawak dan China yang telah terjalin sejak sekian lama.

Katanya melalui kerjasama yang kukuh, Sarawak berharap lebih banyak kerjasama perniagaan dengan China dan belajar daripada pengalaman negara itu.


Sarawak HDC

Artikel Lain