KUALA LUMPUR: BP Healthcare Group (BPHG), penyedia penjagaan kesihatan bersepadu terkemuka, melancarkan monitor tekanan darah Bluetooth yang dilengkapi Sistem Operasi Internetwork (iOS) dan Platform Android. BPHG berkata monitor tekanan darah tanpa wayar itu memudahkan pengguna untuk membuat bacaan sendiri dan menghantar data terus kepada doktor melalui peranti mudah alih pintar. Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Chevy Beh berkata BPHG menambah perkhidmatan baharu untuk menerima bacaan tekanan darah melalui e-mel daripada pesakit, dan sambutannya sangat baik. Peranti itu juga membantu pesakit mengurangkan perjalanan ke klinik, sekali gus menangani masalah kesesakan lau lintas serta barisan panjang, untuk melakukan pemeriksaan tekanan darah biasa di hospital," kata Beh menerusi satu kenyataan. Memandangkan ia serasi dengan IOS dan Android, Meter Tekanan Darah BP itu boleh dikongsi oleh mereka yang menggunakan telefon bimbit, komputer riba, atau peranti skrin sentuh yang menggunakan platform berbeza.