suria

Might, Mardi Perkenal Penggunaan Tenaga Biojisim

KUALA LUMPUR: Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (Might) menyertai Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) memperkenalkan penggunaan biojisim bagi tenaga di Forum Asean+3 Ke-7 yang diadakan di Bangi, Rabu.

Forum tiga hari itu yang bertemakan "Tenaga Biojisim bagi Masa Hadapan Hijau" dihadiri para peserta dari Asean, China, Jepun dan Korea Selatan, kata Might dalam satu kenyataan.

"Semasa forum tersebut, setiap peserta diminta berkongsi pengalaman negara mereka dalam melaksanakan inisiatif biojisim, dan melihat cara bagaimana mereka boleh bekerjasama dalam memperkenalkan tenaga biojisim dengan memanfaatkan kekuatan antara satu sama lain," kata kumpulan itu.

Might terlibat secara langsung dalam pelancaran Inisiatif Biojisim Malaysia (MBI), satu daripada program berimpak tinggi utama yang disokong oleh mesyuarat sulung Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC) di New York pada 2011.

Syarikat tujuan khas, MYBiomass Sdn Bhd, ditubuhkan di bawah MBI susulan sokongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada mesyuarat GSIAC itu. 


Might, Mardi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain