suria

AirAsia Tawar Tiket 51 Sen Sempena Hari Malaysia

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Bhd menawarkan harga promosi istimewa serendah 51 sen ke destinasi domestik dan antarabangsa terpilih sempena Hari Malaysia 16 Sept.

Dalam satu kenyataan pada Ahad, AirAsia memaklumkan laluan penerbangan domestik bagi Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Johor Bharu, Kuala Terengganu, Miri dan Tawau manakala laluan antarabangsa dari Kuala Lumpur ke Phuket, Krabi, Bangkok, Phnom Penh dan Ho Chi Minh.

Tempoh tempahan promosi tiket sehala adalah dari 15 Sept hingga 21 Sept dengan tempoh perjalanan segera bermula dari 16 Sept hingga 31 Mac 2015.

Kadar tambang itu tidak termasuk cukai dan caj yang berkenaan.

Sementara itu, AirAsia Berhad turut memberi potongan harga tiket sehingga 50 peratus bagi penerbangan AirAsia X melalui promosi 'Fly More For Less' untuk tempat duduk ekonomi di semua destinasi AirAsia X termasuk Australia, China, Taiwan, Sri Lanka dan Nepal.

Promosi 'Fly More For Less' itu akan bermula 15 Sept hingga 21 Sept bagi perjalanan dari 15 Sept hingga 30 Nov ini.

AirAsia

Artikel Lain