suria

Maybank Umum Guna Xelerate SunTec

KUALA LUMPUR: Maybank, bank keempat terbesar di Asia Tenggara dari segi aset, pada Khamis mengumumkan penggunaan Xelerate oleh SunTec bagi meningkatkan produk dan perkhidmatannya yang berteraskan pelanggan.

Ia akan menyaksikan bank berkenaan memperkenal lebih banyak pakej produk inovatif yang disesuaikan dengan keperluan pelangan runcitnya di Singapura.

Maybank dalam satu kenyataan hari ini berkata, Xelerate akan menyokong pelan Maybank Singapura untuk mengembangkan perniagaan runcit dengan memudahkan pengenalan pakej produk inovatif yang diseseuaikan dengan keperluan pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Singapura, Lim Hong Tat berkata, teknologi dan kepakaran SunTec akan membolehkan bank berkenaan memberi perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan melalui strategi berteraskan pelanggan di pelbagai bidang perniagaan di republik berkenaan dan rantau ini.

"Ini adalah langkah penting dalam matlamat kami untuk menjadi peneraju penyedia perkhidmatan kewangan serantau dan menawarkan pelanggan kami pengalaman perbankan yang lancar di seluruh rantau ini," katanya.

Xelerate, set produk inovatif SunTec direka untuk memaksimumkan pendapatan serta meminimumkan risiko. Penggunaan di Singapura berlaku dalam masa paling singkat iaitu 3.5 bulan, mengintegrasikan pelbagai sistem legasi dengan Xelerate.


Maybank

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain