suria

V-Cube Pertingkatkan Asas Pelanggan Di Malaysia Sehingga 30 Peratus

KUALA LUMPUR: V-cube Inc, platform dan penyedia penyelesaian komunikasi visual global, bersedia meningkatkan asas pelanggan di Malaysia sebanyak 30 peratus dengan pengenalan revolusi platform persidangan video, V-Cube One.


Pengarah di V-Cube Malaysia, Hiroki Mirofushi berkata, keluaran baharu itu penting dan sejajar dengan strategi perniagaan syarikat untuk meneroka pasaran bersaiz sederhana negara ini.

Dalam satu kenyataan Khamis, beliau berkata, V-cube menyasarkan untuk menembusi pasaran perusahaan kecil dan sederhana, agensi media dan pemasaran serta institusi pendidikan.

Sejak bertapak di Malaysia pada 2009, pelanggan tempatan V-cube termasuk bank, universiti awam serta pengeluar.

Memetik kajian Pasaran Infrastruktur Persidangan Video Asia Pasifik Frost & Sullivan, Hiroki berkata, saiz pasaran persidangan video di Asia dijangka mencecah lebih AS$490 juta menjelang 2017.

"Pengeluaran V-CUBE ONE baharu di Malaysia adalah sejajar dengan pelan pengembangan serantau syarikat bagi memanfaatkan pasaran yang semakin berkembang ini," katanya.

Menurutnya, kini adalah masa yang sesuai untuk merebut peluang pasaran di Malaysia kerana permintaan untuk penyelesaian komunikasi visual di negara ini telah berkembang pesat sejak 18 bulan lepas, berikutan peningkatan penggunaan pelbagai peranti pintar dan tenaga kerja yang lebih teragih.

"Ketika kos perjalanan terus meningkat, syarikat tempatan terpaksa mencari lebih banyak wang, cara masa berkesaan untuk menjalankan perniagaan.

"Sebab itu penggunaan penyelesaian persidangan berasaskan sesawang adalah keputusan biasa untuk mereka yang ingin berkembang di rantau ini atau mempunyai perniagaan di pelbagai lokasi yang jauh," kata Hiroki.


V-Cube One, Hiroki Mirofushi

Artikel Lain