Menurut kenyataan FireFly, penumpang mempunyai pilihan membeli makanan panas yang disediakan oleh Circle K menerusi proses tempahan dalam talian untuk semua penerbangan yang belepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Subang Skypark.
Ketua Pegawai Eksekutif Firefly Ignatius Ong berkata menerusi perkhidmatan baharu itu, penumpang akan dapat menikmati kualiti perjalanan pada tambang yang dijamin murah serta penjimatan ke atas set perkhidmatan sokongan.
"Menu yang disediakan khusus ini mencerminkan kedudukan kami sebagai syarikat penerbangan yang berfokuskan komuniti, menimbang maklumat balas pelanggan ke atas pilihan dan pelbagai opsyen lain.
"Kami berharap kemudahan ini akan mewujudkan pengalaman penerbangan yang menarik untuk semula pelanggan kami, tempatan dan luar negara," katanya.
Dari 20 Oktober hingga 20 November, Firefly Express Meal akan dijual pada harga pengenalan RM9.50 bagi satu hidangan, diskaun RM3 daripada harga biasa RM12.50.