Pendapatan meningkat kepada RM4.32 bilion berbanding RM3.87 bilion sebelum ini, kata bank itu dalam satu kenyataan pada Khamis.
Pengasas dan Pengerusinya Tan Sri Teh Hong Piow berkata, hasil yang lebih baik ini dicapai disebabkan peningkatan dalam pendapatan operasi serta kos kredit yang stabil.
Peningkatan dalam pendapatan faedah bersih pada suku semasa disumbangkan oleh pinjaman dan pertumbuhan deposit yang baik serta kesan positif yang diterima daripada kenaikan kadar dasar semalaman dan terbitan hak yang baru sahaja selesai," katanya.
Teh berkata, walaupun bank itu beroperasi dalam persekitaran yang mencabar, ia terus berprestasi dengan baik dan mencapai pertumbuhan tahunan dua angka iaitu sebanyak 10.2 peratus, mengatasi pertumbuhan pinjaman tahunan sistem perbankan sebanyak 6.9 peratus.