suria

Maha 2014: Fama Terengganu Tonjol Nasi Dagang, Satar, Keropok

KUALA TERENGGANU: Fama Terengganu akan menonjolkan antara lain nasi dagang, satar dan keropok pada pertandingan Rumah Negeri Terbaik sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Maha) 2014 di Serdang, Selangor mulai Khamis ini.

Pengarahnya, Hasan Jusoh berkata, tiga usahawan makanan akan turut mempromosi makanan popular Terengganu seperti keropok losong dan burung puyuh.

Beliau berkata, Rumah Negeri Terengganu akan dirasmikan Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman pada 26 November ini.