suria

Mitrajaya Peroleh Kontrak Bina Pangsapuri Awam RM230 Juta Di Putrajaya

KUALA LUMPUR: Pembinaan Mitrajaya Sdn Bhd, unit milik penuh Mitrajaya Holdings Bhd menerima kontrak bernilai RM230 juta untuk membina tiga blok pangsapuri awam 20 tingkat di Precinct 5 Putrajaya.

"Kontrak tersebut adalah bagi tempoh 36 bulan dan dijangka siap pada Februari 2018," kata kumpulan itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Rabu.

Projek 1,062 unit Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) itu termasuk dua blok parkir pelbagai tingkat dan kemudahan awam, kata syarikat itu.

Mitrajaya berkata, kontrak tersebut dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan kumpulan di masa depan.

Mitrajaya, PPA1M, Putrajaya

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan