KUALA LUMPUR: Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) terus mendapat keutamaan antarabangsa.
Acara selama lima hari mulai 3 Mac di Pusat Dagangan Dunia Putra dan Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade di sini, menampilkan 500 peserta pameran dari 14 negara, termasuk China, Taiwan, Bulgaria dan Amerika Syarikat.Lima seminar dari 4 hingga 6 Mac akan menekankan trend semasa dan membolehkan peserta menemui pakar-pakar industri antarabangsa.
Tahun lepas, MIFF menarik 503 peserta pameran dari 12 negara dan mencatat jumlah dagangan sebanyak US$892 juta, kata penganjur, UBM Malaysia, dalam kenyataan.
Pengurus Besar MIFF Karen Goi berkata tanda-tanda pemulihan dalam permintaan global memberikan momentum tambahan kepada acara pada tahun ini.
"Produk-produk inovatif di MIFF 2015 juga akan memberi ruang bagi peluang perniagaan sebenar," katanya.