LANGKAWI: Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (Lima) 2015 di sini menyaksikan sejumlah RM9.3 bilion kontrak, memorandum persefahaman (MoU), surat penerimaan (LOA) dan surat hasrat (LOI) ditandatangani pada Khamis.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mengumumkan perkara ini pada hari terakhir untuk delegasi perdagangan Lima 2015 berkata, nilai itu lebih tinggi berbanding edisi LIMA sebelum ini yang merekodkan nilai RM4.2 bilion.
Lima 2015 akan membuka pintu untuk kunjungan orang awam selam dua hari mulai Jumaat.
"Ia mencatatkan lonjakan kira-kira 12.1 peratus yang menunjukkan LIMA terus menyediakan platform terbaik untuk perniagaan maritim dan udara bagi rantau ini dan global," katanya kepada media di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini.
Terdapat tujuh dokumen kontrak yang ditandatangani hari ini antara Kementerian Pertahanan dan pelbagai syarikat, lima MoU, lapan LOA dan enam LOI, katanya.