KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan telah menyambung kontrak perkhidmatan Pengarah Urusan Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB), Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh bagi penggal seterusnya, bermula 1 Julai ini sehingga 30 Jun 2017.
Dalam satu kenyataanm Khamis, SPNB berkata, Kamarul Rashdan telah dilantik oleh Kementerian Kewangan sebagi Pengarah Urusan SPNB bermula 1 Julai 2009 sehingga sekarang.
"Beliau bertanggungjawab ke atas pembangunan Rumah Mampu Milik serta menyediakan Rumah Mesra Rakyat di seluruh Malaysia," kata SPNB.
Selain itu, katanya, projek-projek rumah terbengkalai dan projek-projek khas telah dilaksanakan sepanjang pentadbiran beliau.
SPNB adalah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan yang ditubuhkan untuk menyediakan rumah mampu milik berkualiti selaras dengan objektif Perumahan Negara. -- Bernama