suria

Selebriti Cabut 14 Pemenang SSP BSN April

Elizabeth dan Zain diberi peluang untuk mencabut 14 nombor pemenang SSP BSN April.

KUALA LUMPUR: Dua selebriti ternama tanah air, Elizabeth Tan dan Zain Ruffegde menjadi jemputan utama untuk membuat cabutan nombor bagi Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) April 2015, Jumaat lalu.

Kedua-dua selebriti tersebut menjadi penentu kepada pemenang cabutan bulan April apabila ditugaskan untuk membuat cabutan nombor benih di Majlis Cabutan SSP BSN.

Pemenang bagi Cabutan April adalah Lim Siew Khee dari Pulau Pinang yang membawa pulang kereta mewah Mercedes Benz E300, manakala 13 lagi pemenang Cabutan Tempatan dari setiap negeri menerima kereta Perodua Axia setiap seorang.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan/Ketua Jabatan Peruncitan dan Perniagaan Komuniti BSN, Datuk Mearia Hamzah berkata, turut memperkenalkan Cabutan Mingguan untuk memberikan lebih banyak peluang kepada pemegang SSP BSN memenangi hadiah yang ditawarkan.

"Ini merupakan salah satu usaha untuk menghargai pelanggan setia kami, disamping menggalakkan orang ramai untuk menyimpan bersama SSP BSN kerana hanya SSP yang menawarkan ganjaran lumayan," katanya pada Jumaat. 



SSP BSN, Elizabeth Tan, Zain Ruffegde

Artikel Lain