suria

BHPetrol Lancar Petrol RON97 Euro4M Di Malaysia Pada 1 September

KUALA LUMPUR: Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) akan memperkenalkan petrol Infiniti RON97 Euro4M pada 1 September depan.

"BHPetrol berbangga dapat memperkenalkan petrol yang paling berkualiti di dalam pasaran kepada rakyat Malaysia.

"Sejajar dengan janji kami untuk menjadi pemimpin dalam teknologi bahan api, BHPetrol Infiniti RON97 Euro4M baharu ini diimport sepenuhnya dengan dos aditif berganda Jerman pada 800 bahagian per juta (PPM)," katanya, sambil menambah bahawa ia boleh didapati di semua stesen BHPetrol mulai 1 September ini, katanya dalam satu kenyataan Jumaat.

Euro 4M hanya mempunyai 50 PPM kandungan sulfur dan ini bermakna, enjin yang lebih bersih, prestasi yang lebih baik dan hayat enjin yang lebih panjang.

Petrol itu juga baik untuk alam sekitar disebabkan kandungan sulfurnya yang lebih rendah.-- Bernama

RON97, Euro4M, BHPetrol

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Inflasi China Meningkat

Artikel Lain