suria

Volkwagen Group Serah Lima Juta Kenderaan Pada Separuh Pertama

KUALA LUMPUR: Penyerahan kenderaan oleh Volkswagen Group pada separuh pertama tahun ini berterusan pada paras tinggi dan kekal hampir stabil, sekali lagi melepasi angka lima juta.

Dalam satu kenyataan, Selasa, Volkswagen Group Malaysia Sdn Bhd berkata, daripada Januari hingga Jun, penyerahan kenderaan susut 0.5 peratus kepada 5.04 juta berbanding 5.07 juta unit tahun lepas.

Volkswagen berkata, keadaan pada Jun 2015 agak tegang kerana serahan jatuh 4.3 peratus kepada 840,400 unit berbanding 877,900 unit dicatat pada 2014.

Pengeluar kereta itu berkata, keseluruhannya ia mencatat perkembangan memuaskan pada separuh pertama tahun ini di mana dalam beberapa kes ia menjadi persekitaran pasaran yang sukar.

"Perkembangan di Amerika Selatan, Russia dan China kekal tegang di mana pertumbuhan pada keseluruhan pasaran merosot secara berterusan sejak awal tahun ini dan menjadi negatif pada Jun untuk pertama kali sejak beberapa tahun lepas.

Anggota Lembaga Pengarah Kumpulan Untuk Jualan, Christian Klingler berkata, sebagai peneraju pasaran, jenama kereta penumpang Volkswagen tidak terkecuali daripada beberapa perubahan yang kini menjejaskan pasaran.-- Bernama


Volkswagen, Christian Klingler

Artikel Lain