KUALA LUMPUR: Ricoh Malaysia menggondol Anugerah Peneraju Mesra Alam pada majlis Anugerah Keusahawanan Bertanggungjawab Asia (AREA) 2015 di Macau, baru-baru ini. Dalam satu kenyataan, Ricoh berkata anugerah itu membuktikan statusnya sebagai peneraju dalam amalan hijau dengan usaha gigih dan komitmen ke arah menggabungkan program dan strategi yang mampan dalam proses perniagaannya. "Kelestarian sentiasa menjadi perkara utama Ricoh Group. Operasi perniagaan kami memang tidak dapat dinafikan bergantung kepada sumber ekologi. "Usaha kami yang diiktiraf dengan anugerah itu adalah satu penghormatan. Kami didorong dan mendapat inspirasi untuk terus mengembangkan lagi usaha mesra alam kami di rantau ini," kata Pengarah Urusan Ricoh Malaysia Peter Wee.-- Bernama