suria

Pelanggan SSP BSN Ditawar "Peluang Berganda"

Pemenang Cabutan Bulanan dan Tempatan SSP BSN Jun 2015 Roslan Ahmad (dua dari kiri) dan Mohd Azrul Fazle Mohamad Rashidi (tiga dari kiri) bersama Datuk Mearia amzah, menerima replika kunci hadiah masing-masing.

PETALING JAYA: Pelanggan yang membuat simpanan awal menerusi Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (SSP BSN) bakal memperoleh "Peluang Berganda" untuk memenangi Cabutan Istimewa.

Naib Presiden Kanan/ Ketua Jabatan Peruncitan & Perniagaan Komuniti BSN, Datuk Mearia Hamzah berkata, peluang itu diperoleh apabila nombor atau unit SSP pelanggan akan digandakan untuk membuka lebih peluang memenangi cabutan itu.

"Lebih awal anda menyimpan di SSP, “Peluang Berganda” akan diberikan. Ini kerana nombor/unit SSP pelanggan sedia ada akan digandakan untuk memberi peluang yang lebih tinggi untuk menang dalam Cabutan Istimewa.

"Nombor/unit SSP anda juga mempunyai peluang yang lebih besar untuk muncul sebagai pemenang jika ianya tidak ditebus atau dikeluarkan," katanya pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Cabutan Bulanan dan Tempatan SSP BSN bagi Julai 2015 di lobi Wisma BSN, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Pada majlis itu, senarai pemenang Julai diumumkan, manakala pemenang Jun menerima hadiah masing-masing.

Pemenang Cabutan Bulanan dan Tempatan bagi Jun iaitu Roslan Ahmad, seorang pesara dari Selangor memenangi kereta mewah Mercedes Benz C200 sebagai pemenang Cabutan Bulanan, manakala pembantu gerai makan bapanya, Mohd Azrul Fazle Mohamad Rashidi pula memenangi Cabutan Tempatan bagi Melaka dan menerima kereta Perodua Axia.

Mearia juga menggesa orang ramai yang masih belum menyimpan di SSP BSN untuk membuat simpanan kerana SSP BSN telah terbukti sebagai satu simpanan yang baik selain dijamin kerajaan.

"Anda boleh membuat simpanan minima dengan hanya RM10 sahaja melalui pelbagai saluran simpanan yang telah kami sediakan dan pada masa yang sama layak untuk memenangi pelbagai hadiah menarik yang kami tawarkan," katanya.


Mearia Hamzah, SSP BSN

Artikel Lain