suria

EY Yakin Potensi Jangka Panjang Pasaran Baharu Muncul

Mark Weinberger

KUALA LUMPUR: Ernst  and  Young (EY) yakin dengan potensi jangka panjang ekonomi baharu muncul dan menjangkakan sumbangan pendapatan sebanyak 30 peratus dari rantau itu menjelang 2020.

Pengerusi Global dan Ketua Pegawai Eksekutif, Mark Weinberger berkata walaupun dari segi jangka pendek, ia diramalkan lemah di beberapa pasaran baharu muncul, EY melihat pertumbuhan yang kukuh di rantau ini.

"Ini mengambarkan kekuatan dan pelaburan kami dalam pasaran tersebut di mana  kami membantu pelanggan kami mengemudi pelbagai kemungkinan ini," kata beliau dalam satu kenyataan, Selasa.

Amalan di pasaran baharu muncul EY berkembang sebanyak 12.3 peratus secara keseluruhan, berbanding 8.7 peratus pada tahun lepas, walaupun pasaran itu mempunyai keadaan ekonomi yang bercampur-campur.

India mendahului pertumbuhan di pasaran baharu muncul dengan 19.7 peratus, rantau lain yang kukuh termasuk Asean (12.9 peratus), Afrika (11.3 peratus), Mexico dan Amerika Tengah (17.3 peratus), Timur Tengah dan Afrika Utara (14.7 peratus).

Gabungan pendapatan global pasaran ini bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun meningkat sebanyak 11.6 peratus kepada US$28.7 bilion daripada tahun kewangan 2014.

Melangkah ke hadapan, Weinberger berkata EY menyedari wujudnya peningkatan yang kukuh di pasaran maju dan baharu muncul, meskipun dengan keadaan yang tidak menentu dalam banyak pasaran individu serta ekonomi global yang perlahan.-- Bernama




EY, Mark Weinberger

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain