suria

Mastercard Lancar Panduan Pacu Evolusi E-Dagang

KUALA LUMPUR: Pelancaran garis panduan e-dagang Mastercard bagi rantau Asia Pasifik akan membantu kalangan peniaga memanfaatkan industri dan pelan platform dalam talian itu bagi perancangan masa depan.

Ketua Pemasaran Kumpulan Mastercard Asia Pasifik, Sam Ahmed berkata dokumen dikenali 'The 10 Industry -- Wide Transformation Impacting e-Commerce in Asia-Pacific and Implications for Growth' (10 Industri - Transformasi Meluas Melibatkan e-Dagang di Asia Pasifik dan Implikasi Pertumbuhan) itu mengenal pasti 10 bidang transformasi.

"Bidang-bidang berkenaan akan memacu evolusi e-dagang dalam tempoh tiga tahun akan datang selain memberi kesan terhadap industri dari perspektif pengguna, syarikat atau peniaga dan pihak penerbit/pengeluar," katanya pada pelancaran dokumen itu di sini, Selasa.

Pihak Mastercard sendiri menyedari kewujudan jurang pengetahuan dalam tiga bidang utama iaitu transformasi pengguna e-dagang di Asia Pasifik berikutan penggunaan teknologi; perubahan aliran pembelian pengguna dan implikasi pertumbuhan bagi pihak pedagang serta penerbit/pengeluar, katanya.

Beliau sendiri tidak melihat aliran penurunan dalam perbelanjaan pengguna platform e-dagang, kecuali segmen peruncitan.

"Bagaimanapun, kebanyakan rakyat Malaysia masih menitikberatkan isu jaminan dan keselamatan serta tidak suka berkongsi terlalu banyak maklumat.

"Inilah tujuannya garis panduan e-dagang ini diwujudkan dengan harapan membantu rakan dagang kami meneroka peluang dalam persekitaran ekonomi yang mencabar ketika ini," katanya.-- Bernama




Mastercard, Sam Ahmed

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain