suria

Hong Leong Lancar Aplikasi Perbankan Mudah Alih

KUALA LUMPUR: Hong Leong Bank Bhd dan Hong Leong Islamic Bank melancarkan fungsi pembayaran pengesahan cap jari biometrik bagi, Connect, aplikasi perbankan mudah alih mereka yang membolehkan pengguna mengakses dan melaksanakan perkhidmatan perbankan seperti memeriksa baki serta memindahkan dana.

Hong Leong Bank, dalam satu kenyataan berkata fungsi itu tersedia bagi model telefon pintar yang mempunyai keupayaan mengimbas biometrik yang dipasang dikilang.

Maklumat lanjut mengenai aplikasi perbankan mudah alih itu boleh dilayari di laman web www.hongleongconnect.com/biometrics atau dengan menghubungi talian 1-800-38-8888. --Bernama



Hong Leong Bank Bhd, Connect

Artikel Lain