KUALA LUMPUR: Berikut ialah intipati Bajet 2016 bertemakan 'Mensejahtera Kehidupan Rakyat' yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat, Jumaat.
*Ekonomi mampu berkembang sebanyak 5.3 peratus bagi separuh pertama 2015 dan dianggar mencapai 4.5 hingga 5.5 peratus sepanjang tahun.
*KDNK negara dijangka berkembang pada kadar empat hingga lima peratus pada 2016, dipacu oleh pelaburan dan penggunaan swasta masing-masing pada kadar 6.7 dan 6.4 peratus.
*Eksport dijangka tumbuh pada kadar 0.9 peratus dan import 1.5 peratus.
*Sektor pembinaan berkembang 8.4 peratus, perkhidmatan 5.4 peratus, manakala pembuatan sebanyak 4.3 peratus.
*Kerajaan dapat mengurangkan defisit fiskalnya daripada 6.7 peratus kepada 3.2 peratus yang dijangka pada tahun ini.
*Kemasukan pelaburan asing terus kukuh pada RM22.4 bilion.
*Negara dijangka terus berada dalam inflasi terkawal antara dua dan tiga peratus.
*Jumlah syarikat yang berdaftar dengan GST hampir 400,000 dengan kadar patuh serahan atau 'submission' lebih 90 peratus.
*Harga minyak dijangka kekal rendah pada 2016 dan kutipan hasil daripada sumber berkaitan dianggar RM31.7 bilion atau penyusutan pendapatan.
*Hasil kutipan GST dikembalikan semula demi manfaat ramai.
* Jika GST tidak dilaksanakan dan kita masih dengan sistem SST, hasil negara akan berkurangan sebanyak RM21 bilion.
*Kutipan GST adalah sebanyak RM39 bilion.
*Kerajaan bersedia memberi pelepasan GST terhadap beberapa lagi barangan asas kehidupan rakyat.
*Tujuh langkah penambahbaikan layanan GST berkuat kuasa 1 Januari 2016 termasuk semua jenis ubat terkawal, barangan makanan seperti susu bayi dan kanak-kanak berasaskan soya dan susu organik.
*Pengguna prabayar warga Malaysia akan mendapat kembali rebat bersamaan dengan amaun GST yang dibayar mulai 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2016.
*Banjaran pendapatan bercukai bagi kadar cukai tertinggi ditingkatkan daripada 25 peratus kepada 26 peratus bagi mereka yang berpendapatan antara RM600,000 dan RM1 juta.
*Bagi mereka berpendapatan melebih RM1 juta, kadar cukai akan dinaikkan daripada 25 peratus ke RM28 peratus.
*Peruntukan Bajet 2016 adalah sebanyak RM267.2 bilion berbanding RM260.7 bilion peruntukan dipinda 2015.
*Daripada jumlah peruntukan bajet itu, RM215.2 bilion adalah untuk perbelanjaan mengurus dan RM52 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.
*Peruntukan mengurus RM70.5 bilion adalah untuk emolumen dan RM36.3 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan.
*Sebanyak RM100.6 bilion adalah pemberian dan kenaan bayaran tetap.
*Pembelian aset pula diperuntukkan sebanyak RM761 juta dan RM1 bilion kepada perbelanjaan lain.
*Peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan tertinggi sebanyak RM30.1 bilion di ikuti oleh sektor sosial RM13.1 bilion.
*Sektor keselamatan mendapat peruntukan sebanyak RM5.2 bilion.
*Sektor pentadbiran am mendapat sebanyak RM1.6 bilion dan simpanan luar jangka RM2 bilion.
*Bagi 2016, kutipan hasil kerajaan persekutuan dianggar sebanyak RM225.7 bilion, peningkatan sebanyak RM3.2 bilion berbanding 2015.
*Aktiviti pelaburan domestik akan terus dirancak dengan jangkaan sumbangan kepada KDNK pada 26.7 peratus bagi 2016.
*Pelaburan permulaan di Malaysian Vission Valley adalah sebanyak RM5 billion.
*Melaksanakan Cyber City Centre di Cyberjaya dengan nilai pembangunan hampir RM11 bilion dalam tempoh lima tahun.
*Membangunkan Bandar Lapangan Terbang atau Aeropolis KLIA yang dijangka menarik pelaburan sebnyak RM7 bilion
*Pelaburan RM6.7 bilion oleh Khazanah Nasional Bhd dalam sembilan projek domestik berimpak tinggi
*Khazanah Nasional juga memperuntukkan RM500 juta untuk modal teroka dan dana ekuiti persendirian
*Pelaburan seterusnya sebanyak RM18 bilion bagi Projek RAPID Complex di Pengerang, Johor untuk 2016
*Memperuntukkan RM320 juta bagi pembangunan Rubber City di Kedah
*Memperuntukkan RM142 juta bagi pembangunan Taman Perindustrian Samalaju, Sarawak
*Memperuntukkan RM20 juta bagi pembangunan Jeti Minyak Kelapa Sawit di Sandakan, Sabah
*Insentif baharu Elaun Pelaburan Semula Khas akan diberikan bagi menggalakkan pelaburan semula
*Potongan cukai diberikan ke atas kos penerbitan sukuk 'Sustainable and Responsible Investments' dan pengecualian duti setem sebanyak 20 peratus ke atas surat cara pembiayaan patuh syariah untuk pembelian rumah
*Peruntukan untuk Skim Dana pembiayaan PKS Patuh Syariah sehingga 31 Dis 2017 ditambah RM1 bilion
*Peruntukan untuk pelan Induk PKS bagi pemberian dana pada pelbagai peringkat perniagaan sebanyak RM107 juta.
*Peruntukan untuk Skim Anjakan Usahawan dan Skim Peningkatan Kapasiti serta Keupayaan PKS sebanyak RM60 juta
*Penubuhan dana pinjaman mudah SME Technology Fund sebanyak RM200 juta di bawah SME Bank pada kadar faedah empat peratus
*Sejumlah RM18 juta diperuntukkan untuk memperluaskan Projek Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) dan Projek Automative Workshop Modernisation (ATOM)
*Infrastruktur logistik akan terus ditambah baik termasuk Lebuhraya Damansara-Shah Alam, Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Klang, Lebuhraya Pulau Indah dan Lebuhraya Central Spine Road
*Sebanyak RM900 juta diperuntukkan untuk Projek Penyuraian Trafik Jalan Tun Razak yang akan dilaksana secara kerjasama strategik awam-swasta
*Pembinaan lebuh raya persisiran pantai Masjid Tanah ke Klebang dan dari Klebang ke Jambatan Syed Abdul Aziz di Melaka akan dikaji
*Sejumlah RM42 juta disediakan bagi pembinaan Lapangan Terbang Mukah, Sarawak dan menaik taraf lapangan terbang di Kuantan dan Kota Baharu
*Kajian pembesaran landasan di lapangan terbang di Batu Berendam, Melaka, akan dilaksanakan
*Sebanyak RM1.4 bilion diperuntukkan bagi membina serta menaik taraf jalan luar bandar sepanjang 700 kilometer di seluruh negara
*Sejumlah RM200 juta disediakan bagi menaik taraf jalan di kawasan penempatan Felda