suria

Mada Mahu Pasarkan Cuka Nipah Ke Luar Negara

SUNGAI PETANI: Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) bercadang untuk memasarkan cuka nipah ke luar negara, kata Pengerusinya Datuk Othman Aziz.

Beliau berkata produk itu adalah antara barangan yang akan mula diperkenalkan di pasaran luar negara termasuk kuih tradisional, produk dari buah mempelam atau mangga di bawah jenama Tobiar Gold seperti kordial, jus minuman dan jem.

Mada sebelum ini telah mampu menghantar produknya ke luar negara seperti di  Agrobazar Singapura, katanya di sini malam tadi.

Othman berkata hasil jualan produk industri asas tani oleh Mada dijangka  mencecah RM90 juta dalam tempoh tiga bulan terakhir ini.

Cuka Nipah, Mada

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain