suria

Blackberry Perkenal Telefon Pintar PRIV

KUALA LUMPUR: Blackberry Ltd mengeluarkan telefon pintar Android pertamanya, PRIV.

Pengarah Saluran Pemasaran Asia-Pacific, Chris Jones, berkata PRIV direka dengan keselamatan pada terasnya, dibina berasaskan legasi keselamatan dan privasi data pelanggan Blackberry.

"Kami yakin peranti ini akan mencatatkan prestasi jualan yang memberangsangkan tahun depan.

"Bersandarkan Malaysia yang masih kekal sebagai pasaran utama Blackberry di Asia Tenggara, kami akan bersedia dengan lebih banyak usaha untuk menawarkan lebih banyak telefon pintar masa depan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran PRIV di sini, Selasa.

Jones berkata, 60 pelanggan pertama yang membuat tempahan awal PRIV melalui dalam talian, '11street', akan menikmati harga diskaun pada RM3,388.

"Pelanggan juga boleh membuat tempahan awal PRIV di outlet Blue Cube tertentu yang diuruskan Celcom Axiata Bhd, dari 10 Disember pada harga RM3,388," katanya.

PRIV diedarkan oleh Brightstar itu juga boleh didapati melalui 11street, Celcom, Maxis Enterprise, Tune Talk dan rakan Blackberry lain yang sah mulai 15 Disember pada harga runcit RM3,559.

PRIV merupakan peranti yang sangat nipis dilengkapi skrin dwi-lengkung, papan kekunci fizikal dan sentuh, kamera 18MP canggih dan bateri lebih tahan lama.-- Bernama

Blackberry, PRIV, Anroid

Artikel Sebelum

Boeing 737 Max 8 Diperkenalkan

Artikel Lain