suria

British Airways Perkenalkan Tambang Istimewa Untuk Penumpang Dari Malaysia

KUALA LUMPUR: British Airways telah memperkenalkan tambang istimewa bersempena dengan ketibaan pesawat terbaharunya, Boeing 787-9 Dreamliner ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

British Airways dalam satu kenyataan, berkata operasi pesawat itu bermula pada 6 Dis di laluan KL-London-KL.

"Tempoh tawaran adalah dari 3 Disember hingga 6 Jan 2016 untuk perjalanan dalam penerbangan British Airways yang terpilih.

"Tawaran tambang pergi balik yang diiklankan ini adalah sah untuk penerbangan yang berlepas dari 6 Disember hingga 27 Mei 2016," katanya.

Katanya, tambang pergi balik istimewa bagi kelas ekonomi World Traveller bermula dari RM3,370, kelas ekonomi premium World Traveller Plus pula berharga RM5,709 ke atas, kelas bisnes Club World dari RM12,799 dan kelas pertama dari RM27,099.

Ketua jualan Asia Pasifik syarikat penerbangan itu, Robert Williams, berkata pesawat itu akan menjadi tulang belakang armada British Airways untuk beberapa tahun akan datang.

"Dreamliner merupakan sebuah pesawat besar yang inovatif dan menjadi standard baharu untuk kecekapan operasi dan prestasi persekitaran.

"Ia adalah sebahagian daripada program pelaburan sebanyak £5 bilion (kira-kira RM32 bilion) untuk memberikan keselesaan di udara dan di tanah,"katanya. -Bernama

British Airways

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain