KUALA LUMPUR: Peruntukkan perbelanjaan modal sebanyak RM904 juta oleh Digi Telecommunications Sdn Bhd telah adalah lebih kurang sama dengan tahun lepas, kata Ketua Pegawai Pemasaran Christian Thrane. Syarikat telekomunikasi itu mempunyai banyak rancangan untuk tahun ini, termasuk memperkenalkan penghantaran gelombang suara melalui evolusi jangka panjang (LTE) serta WiFI. "Pada masa sekarang, ciri-ciri tersebut masih di dalam peringkat ujian dan kami akan melancarkan kemudahan itu dalam tahun ini," kata beliau pada majlis pelancaran pelan pascabayar terbaharu Digi di sini, Selasa. Beliau ketika mengulas lebih lanjut menerangkan, penghantaran suara melalui LTE akan meningkatkan kualiti suara dengan persediaan yang lebih pantas serta membolehkan pelanggan melayari internet pada masa yang sama. Penghantaran suara melalui WiFi pula akan membolehkan operator menyampaikan mesej dan panggilan melalui mana-mana rangkaian WiFi. Rangkaian 4G LTE Digi meliputi 72 peratus daripada kawasan berpenduduk di Malaysia dan boleh didapati di 150 bandar utama di seluruh dunia. Beliau ketika mengulas mengenai pelan pascabayar baharu itu memberitahu, ia menawarkan lebih banyak kuota Internet serta berupaya bagi membawa kuota yang tidak digunakan ke bulan berikutnya. Harga pelan bermula dari RM28 sebulan. Pelanggan baharu serta yang sedia ada yang menukar kepada pelan pascabayar Digi sebelum 30 Jun 2016 akan menikmati promosi diskaun, katanya. Kata Thrane lagi, untuk mereka yang benar melancong tetapi berbajet terhad, Digi juga telah memperkenalkan kadar perayaun Internet yang baharu, bermula dari serendah RM10 sehari.-- Bernama