KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah menyelesaikan pengkewangan aset cabang tenaganya, Edra Global Energy Bhd, dengan pertukaran saham untuk tunai dengan pihak berkaitan, kata syarikat itu pada Rabu. November tahun lepas, perjanjian jual beli saham (SSPA) dilaksanakan di antara 1MDB, Edra Global Energy dan anak syarikatnya, dan China General Nuclear Power Corporation dan anak syarikatnya (CGN Group). "1MDB teruja untuk mengumumkan yang berikutan pematuhan semua keadaan duluan, SSPA berjaya diselesaikan pagi ini dengan pertukaran saham untuk tunai," katanya dalam satu kenyataan. Penyelesaian SPPA itu menandakan tamatnya pengkewangan Edra, satu peristiwa penting dalam pelan rasionalisasi 1MDB seperti mana diumumkan Kementerian Kewangan pada 29 Mei 2015. Di bawah SPPA itu, CGN Group bersetuju mengambil alih 100 peratus pemilikan 1MDB dalam semua aset tenaganya, iaitu Edra Solar Sdn Bhd, Edra Energy Sdn Bhd, Powertek Energy Sdn Bhd, Jimah Teknik Sdn Bhd, Jimah O and M Sdn Bhd, Mastika Lagenda Sdn Bhd dan Tiara Tanah Sdn Bhd.