suria

Digi Lantik Ketua Pegawai Pemasaran Baharu

KUALA LUMPUR: Digi Telecommunications Sdn Bhd mengumumkan pelantikan Loh Keh Jiat sebagai Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) baharunya berkuat kuasa 30 Mac, 2016.

Menurut penyedia telekomunikasi itu, Loh, yang juga merupakan Ketua Pegawai Jualan Digi, akan menguruskan pemasaran firma berkenaan serta fungsi jualan.

"Sebagai CMO, Loh akan menerajui pertumbuhan pendapatan Digi dan peranan lain termasuk memacu portfolio produk dan operasi perkhidmatan pelanggan," menurutnya dalam satu kenyataan, Jumaat.

Pelarasan baharu menggabungkan dua bahagian (pemasaran dan jualan) akan memacu kecekapan operasi untuk membawa Digi ke peringkat pertumbuhan seterusnya, kata Loh.

Bekas CMO, Christian Thrane akan menyertai Telenor Sweden sebagai CMO baharu bulan ini.

Artikel Lain