suria

Rohime Dilantik CEO Baharu Proton Edar

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd telah melantik Rohime Shafie sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Edar Sdn Bhd, menggantikan Norzahid Mohd Zahudi, yang meletak jawatan berkuatkuasa serta-merta.

Rohime Shafie adalah bekas Ketua Pegawai Kewangan Proton.

Dalam satu kenyataan, Sabtu, CEO Proton, Datuk Ahmad Fuaad berkata, beliau gembira untuk mengalu-alukan Rohime ke lembaga pengarah syarikat itu.

"Ia adalah tempoh mencabar untuk Proton dan pelantikan ini akan membantu mengukuhkan kepemimpinan Proton Edar bagi meningkatkan bukan sahaja jualan dan penguasaan pasaran dengan fokus khusus untuk meningkatkan kepuasan pelanggan," tambahnya.

Rohime adalah felo Institut Akauntan Berkanun UK, anggota Akauntan Awam Bertauliah Australia dan anggota Institut Akauntan Malaysia.-- Bernama

Artikel Lain