suria

Kumpulan Media Star Yakin Potensi Cityneon

PETALING JAYA: Seiring rancangan untuk mempelbagaikan asas pendapatan dan mengukuhkan aset, Kumpulan Media Star Bhd menjangka syarikatnya yang disenaraikan di papan saham Singapura, Cityneon Holdings Ltd akan menyumbang kepada pencapaian kumpulan pada masa depan.

Pengerusi Kumpulan Media Star, Datuk Fu Ah Kiow berkata, pemilikan Cityneon menerusi Victory Hill Exhibitions Pte Ltd (VHE) akhir tahun lalu dijangka membawa hasil tahun depan berdassarkan petanda awal dan maklumbalas pasaran.

"Pelaburan ini telah terbukti membawa pulangan baik. Kami dapat melihat maklum balas pasaran yang baik. Kini kami ada pameran di Paris dan akan ke Las Vegas melibatkan karektor Marvel dan menjelang akhir tahun pula akan berlangsung pertunjukan Transformers di Las Vegas," katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan Kumpulan Star Media di sini, Isnin.

Beliau menambah, adanya minat mendalam yang ditunjukkan VHE daripada negara lain seperti Australia, Singapura dan Malaysia.

"Kami percaya pelaburan ini berpotensi membawa kepada pertumbuhan syarikat dan seterusnya menyumbang secara adil untuk operasi kumpulan," katanya.

Kumpulan Media Star memiliki 64 peratus saham Cityneon sekali gus VHE, syarikat yang mendapat hak untuk menganjurkan pameran karektor siri Marvel dan Avengers.

Mesyuarat melibatkan pemegang saham selama dua jam itu, beliau menjelaskan pelbagai persoalan yang diajukan termasuk hala tuju syarikat, langkah menangani cabaran dunia digital dan perancangan untuk mempelbagaikan asas pendapatan.

Pemegang saham meluluskan semua resolusi pada mesyuarat itu yang turut merakamkan penghargaan kepada sumbangan Tan Sri Kamal Hashim yang meninggal dunia pada 2 Februari lalu.

Kamal adalah pengasas kumpulan media ini dan berkhidmat sebagai pengarah sejak 1973.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain