KUALA LUMPUR: 1MDBakan memfailkan respon kukuh terhadap Permintaan Timbang Tara (RFA) pada atau sebelum tarikh akhir 11 Julai, 2016 sepertimana ditetapkan oleh Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London.
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, 1MDB turut menyuarakan keyakinan terhadap kedudukannya dari segi undang-undang.
Malah, syarikat pelaburan strategik itu turut melantik firma guaman, WeilGotshal and Manges(WeilGotshal) bagi mewakilinya dalam pertikaian antaranya dengan InternationalPetroleumInvestmentCo(IPIC).
"WeilGotshaladalah firma guaman terkemuka di peringkat global dengan kepakaran termasuk dalam litigasi antarabangsa," kata syarikat itu.
1MDB berkata ia menerima RFA bertarikh 13 Jun, 2016 oleh pihak IPIC dan AabarInvestmentsPJS (Aabar) membabitkan pertikaiannya dengan IPIC.-- Bernama