suria

Adabi Perkenal e-mall, Tawar Lebih 100 Produk Online

Kakitangan Star Media Group bersama Adabi mempromosikan urus niaga e-mall.

PETALING JAYA: Pengeluar produk makanan tempatan, Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. (Adabi) memperkenalkan urus niaga atas talian, e-mall yang menawarkan lebih 100 produk keluaran syarikat itu.

Pusat beli-belah elektronik yang akan dilancarkan secara rasmi dalam masa terdekat ini akan lebih memudahkan orang ramai untuk mendapatkan produk Adabi.

Menurut Pengurus E-Commerce Adabi, Nurul Zuhaika Hairuddin, perkhidmatan online yang disediakan dapat memudahkan urusniaga jual beli dan menjimatkan masa.

"Ini adalah unit baharu dari Adabi dalam melaksanakan penjualan produk secara atas talian menggunakan laman sesawang.

"Produk Adabi sebenarnya terhad di pasaran jadi e-mall merupakan alternatif untuk memudahkan pengguna mendapatkan pelbagai jenis produk dengan lebih pantas, katanya.

Mempunyai 11 kategori produk, e-mall menawarkan pilihan kepada pengguna seperti kari, tepung, perencah dan pelbagai lagi.

Selain itu, terdapat empat menu utama disediakan iaitu beli, infomasi, tinjau dan ganjaran.

Pengguna bukan sahaja dapat membeli produk secara online, malah boleh mendapatkan info barangan, resepi masakan dan mengumpul mata pembelian untuk menikmati tawaran istimewa menerusi empat menu tersebut.

Selain itu, kata Zuhaika, aplikasi e-mall bakal dilancarkan selepas Aidilfitri ini.

"Buat masa ini, sambutan dari pembeli online agak menggalakkan selepas ia diperkenalkan kepada media.

"Bagi aplikasi e-mall melalui telefon pintar pula akan dimaklumkan semasa majlis pelancaran rasminya," katanya.

Bagi anda yang ingin dapatkan produk Adabi secara online, boleh layari laman sesawang e-mall.adabi.com


emall, adabi

Artikel Lain