suria

Saham IOI Meningkat Hasil Keputusan FY2016 Yang Lebih Baik

KUALA LUMPUR: Saham IOI Properties Group Bhd meningkat pagi ini selepas mencatat keputusan kewangan tahun 2016 yang lebih baik berbanding jangkaan.

Pada 11.43 pagi, saham syarikat meningkat tiga sen kepada RM2.47 dengan  486,100 bertukar tangan.

Affin Hwang Investment Bank Bhd dalam nota kajiannya hari ini berkata keputusan kewangan 2016 IOI melepasi jangkaan, dengan pendapatan teras dan hasil yang meningkat masing-masing sebanyak 50.4 peratus dan 58.7 peratus, dipacu oleh semua segmen perniagaan.

Bank pelaburan itu juga menyemak menaik harga sasaran IOI Properties kepada  RM2.89 berbanding RM2.50 sebelumnya, dan mengekalkan saranan 'beli' ke atas syarikat itu.

IOI, Saham

Artikel Lain