Satu majlis pecah tanah telah diadakan bagi menandakan bermulanya kerja-kerja pembinaan gedung pertamanya di bahagian selatan yang terletak di Jalan Desa Tebrau di sini.
Pengarah Urusan Ikea Asia Tenggara Christian Rojkjaer berkata projek RM592 juta yang merangkumi 46,713 meter persegi itu akan terus menyediakan rekaan dan produk kelengkapan rumah pada harga yang rendah untuk pasaran Johor.
"Dengan perkembangan pesat pembangunan di Johor dan pertumbuhan penduduknya, kami melihat satu peluang besar untuk kami memainkan peranan dalam kemajuan yang mengagumkan ini," katanya semasa berucap pada majlis pecah tanah, Khamis.