suria

Saham TNB Naik 10 Peratus Susulan Pengumuman Pembelian Vortex Solar

KUALA LUMPUR: Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) meningkat 10 sen hari ini susulan pengumuman pembelian dalam Vortex Solar Investments yang berpangkalan di United Kingdom (UK).

Saham itu, antara paling untung, berada pada RM14.02 dengan 1.16 juta saham bertukar tangan setakat 10.54 pagi.

Jumaat lepas, TNB mengumumkan ia membeli 50 peratus pegangan dalam Vortex Solar Investments bagi 86 juta pound sterling (kira-kira RM480 juta).

Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research yakin pembelian itu akan memperluaskan dan mempelbagaikan lagi portfolio dan pendedahan tenaga antarabangsa TNB.

"Janji niaga itu dijangka diselesaikan menjelang suku ketiga tahun ini dan menjana peningkatan perolehan berperingkat secara serta-merta," menurut HLIB Research dalam satu nota di sini, Isnin.

Menurut HLIB Research, pembelian adalah penglibatan pertama TNB dalam pasaran tenaga boleh diperbaharu serta perluasan masa depan yang berpotensi di UK.

Ia juga pada masa sama berperanan sebagai platform untuk TNB memperoleh pengetahuan serta pengalaman dalam teknologi tenaga boleh diperbaharu.

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan "beli" ke atas TNB dengan harga sasaran RM17.50, mengambil kira pertumbuhan jangka panjang dan aliran tunai TNB yang kukuh. - BERNAMA

TNB, Vortex Solar

Artikel Lain