suria

Malaysia, Arab Saudi Meterai Perjanjian Utama Dalam Pelbagai Bidang

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al Saud (duduk, kiri) menyaksikan pertukaran dokumen Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Agensi Berita Arab Saudi (SPA) di Seri Perdana, Isnin.
MoU itu ditandatangani oleh Pengurus Besar Bernama Datuk Zulkefli Salleh (kanan) dan Presiden SPA Abdullah Fahd Al Hussein.

PUTRAJAYA: Malaysia dan Arab Saudi memeterai beberapa perjanjian utama di pusat pentadbiran persekutuan di sini bersempena lawatan negara Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud.

Raja Salman dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak menyaksikan penandatanganan beberapa memorandum persefahaman (MoU).

Malaysia dan Arab Saudi menandatangani MoU mengenai kerjasama ekonomi, pekerja dan sumber manusia, serta kerjasama dalam bidang sains dan pendidikan.

Terdapat juga satu MoU di antara Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Agensi Berita Arab Saudi (SPA) berhubung kerjasama dalam pertukaran berita.-- Bernama


Malaysia, Arab Saudi, Raja Salman, Najib

Artikel Lain