suria

Leo Burnett Menang Anugerah Agensi Terbaik Kancil

KUALA LUMPUR: Leo Burnett Kuala Lumpur mengungguli Anugerah Kancil 2017 , anugerah kecemerlangan kreatif berprestij , Sabtu malam.

Agensi itu menerima satu pingat Emas, 15 Perak dan 35 Gangsa serta 37 anugerah Merit.

Naga DDB Tribal menduduki tempat kedua, diikuti Isobar Malaysia, demikian menurut kenyataan oleh Persatuan Ejen-ejen Pengiklanan Bertaulah Malaysia (4As).

Isobar Malaysia juga memenangi Kancil Emas menerusi kempennya ''Hoeeki'' bagi Mudah, platform runcit dalam talian, manakala Persatuan Lindungi dan Selamatkan Kanak-kanak (P.S. The Children) dipilih sebagai Pengiklan Terbaik.

Cassie Ng dan Nicole Sue Tan dari Y and R Malaysia memenangi anugerah Kancil Muda manakala Patrick Teoh, bakat suara veteran dalam penerbitan iklan dan juruacara majlis anugerah pengiklanan selama 15 tahun, menerima Anugerah Pengerusi.

Bertemakan ''Evolve or Die'', Anugerah Kancil yang disusun semula bagi mencerminkan perubahan sebenar landskap industri pengiklanan tahun lepas, menarik penyertaan 564 Individu dan Kempen.-- Bernama


Leo Burnett

Artikel Lain