suria

Aktiviti Komoditi Malaysia Ke Filipina Tidak Terjejas

LAHAD DATU: Aktiviti eksport komoditi Malaysia ke Filipina tidak terjejas meskipun negara jiran itu berdepan dengan isu keselamatan di Mindanao ketika ini, kata Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur.

Beliau berkata sebagai contoh, eksport tepung ke Filipina oleh Lahad Datu Flour Mill Sdn Bhd yang membekalkan lebih 75,000 tan tepung ke seluruh Malaysia dan Filipina pada setiap tahun, masih berjalan seperti biasa.

"Situasi keselamatan kini menekan pelbagai pihak terutamanya syarikat yang mempunyai perjanjian dalam hubungan niaga antara dua negara ini.

"Tetapi, kerajaan Filipina juga membantu dalam aspek keselamatan agar penghantaran bekalan masuk ke negara itu tidak terganggu, asalkan syarikat terbabit mengikut peraturan yang ditetapkan termasuk kapal menggunakan laluan yang diwartakan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan sumbangan bantuan Ramadan kepada golongan asnaf di Kampung Teluk Saoiun di sini.

Menurutnya, rondaan tiga negara membabit Malaysia, Filipina dan Indonesia di perairan Mindanao adalah tepat pada masanya sekali gus dapat meningkatkan kawalan keselamatan dan sebarang aktiviti dagang akan dijamin lebih selamat.

Artikel Lain