suria

Privasia Sasar PKS Sebagai Pelanggan E-Pemerolehan

Izyan Najlaa Obaidellah (tengah) bersama Chong Siew Yea (kiri) dan Durga Devi Damai menunjukkan aplikasi perisian Procurehere 7.0 pada Isnin. Privasia Sdn. Bhd melancarkan perisian e-perolehan terbaharu itu dengan pelbagai penambahbaikan dan ciri terkini.

KUALA LUMPUR: Privasia Technology Bhd (PTB) sedang meninjau perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini untuk menjadi pelanggan sistem e-pemerolehannya.

Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Urusan Kumpulan, Puvanesan Subenthiran berkata sistem e-pemerolehan  semasa di negara ini terlalu mahal untuk PKS kerana mereka terpaksa membayar yuran pelesenan dan pelaburan infrastruktur.

“Beberapa  syarikat besar perlu melatih pekerja mereka untuk menggunakan sistem ini selama enam bulan.

"Inilah sebabnya kami mengubah struktur harga untuk menawarkan perkhidmatan kepada PKS," katanya pada taklimat media selepas melancarkan Procurehere Versi 7.0, versi e-pemerolehan terbaharu syarikat, di sini, Isnin.

Puvanesan  berkata sistem e-pemerolehan PTB sebelumnya mempunyai 300 pembekal dan 15 pelanggan, kebanyakannya konglomerat, yang terlibat dalam pelbagai sektor seperti logistik, insurans dan pembinaan.

"Kami berharap peningkatan  ketelusan, kos dan penjimatan wang yang ditawarkan oleh sistem e-pemerolehan  terkini ini akan membantu kami mencapai pangkalan pasaran yang lebih luas," katanya.

Beliau  berkata versi aplikasi mudah alih akan diperkenalkan pada Oktober tahun ini.

PTB melancarkan versi pertama Procurehere pada 2002. Procurehere Versi 7.0 ialah latform dalam talian untuk e-penyumberan dan permintaan oleh pelanggan, dengan pilihan setiap peristiwa atau setiap pengguna/pembayaran bulanan.

Antara manfaatnya, Procurehere Versi 7.0 membolehkan perniagaan mencapai purata 17 peratus penjimatan kos setiap projek atau acara, tanpa syarat untuk infrastruktur IT atau perbelanjaan  latihan.-- Bernama

Privasia

Artikel Berikut

Artikel Lain