suria

Kekayaan Enam Individu Menyamai Pendapatan Separuh Rakyat Brazil

SAO PAULO: Kekayaan dimiliki enam individu di Brazil dianggarkan menyamai gabungan pendapatan separuh daripada penduduk negara itu atau 100 juta orang, menurut laporan Brasil Oxfam pada Isnin.

Laporan bertajuk "The Distance that Unites Us" turut mendedahkan, Brazil kekal sebagai satu daripada negara terburuk di dunia dari segi ketidaksamaan pendapatan dan dihuni lebih 16 juta penduduk yang hidup di bawah garis kemiskinan.

Menurut pertubuhan bukan kerajaan berkenaan, trend di negara Amerika Selatan itu "amat membimbangkan".

Berdasarkan unjuran Bank Dunia, Brazil mungkin menambah 3.6 juta lagi golongan miskin pada akhir tahun ini, kata Oxfam.

"Adalah penting untuk Brazil mengambil kira bahawa kita sedang membina dua peringkat masa depan iaitu rakyat kelas satu dan rakyat kelas dua.

"Iaitu antara orang yang berada dan yang tidak berada," kata pengarah Oxfam Katia Maia.

Artikel Sebelum

Aminvest Diiktiraf Peneraju ETF

Artikel Berikut

Ahmad Hizzad Khidmat Semula Di BNM

Artikel Lain