suria

Atlas Copco Lancar Akademi Latihan

Ka Chuan (tengah) menerima cenderahati daripada Dereck selepas merasmikan pembukaan Akademi Latihan Bagi Perkhidmatan Teknik Pemampat Atlas Copco Pertama di Asia Tenggara, baru-baru ini.

SYARIKAT berpangkalan dari Sweden, Atlas Copco memperkenalkan Akademi Latihan Asia Tenggara pertamanya di Malaysia.

Pengurus Besar Atlas Copco Malaysia dan Singapura, Dereck D Devlin berkata, pembukaan Pusat Akademi Latihan ini antara pencapaian penting Atlas Copco di Asia.

"Misi utama akademi latihan itu adalah untuk memastikan bakat yang bersama Atlas Copco di seluruh dunia dilengkapi kompetensi yang tepat melalui latihan dan hasil memberangsangkan," katanya pada majlis perasmian akademi tersebut yang disempurnakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan, di Kota Kemuning, Shah Alam, Isnin.

Dereck berkata, ketika ini, Atlas Copco mempunyai Akademi Kadet di Filipina untuk graduan baharu dan Malaysia menjadi pusat latihan pengalaman secara praktikal.

“Pusat latihan ini akan beroperasi dan menyediakan sekitar 50 kursus latihan setiap tahun sekali gus menjadikannya sebanyak 700 hari latihan," ujarnya.

Katanya, akademi tersebut turut bekerjasama dengan institut pengajian tinggi seperti Universiti Tunku Abdul Rahman, Universiti Malaya dan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bagi tujuan pembangunan latihan tempatan.



Atlas Copco

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain