suria

Myvi Baharu Dibuka Untuk Tempahan Esok

KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menyasarkan untuk menjual purata 6,000 unit Myvi baharu sebulan dalam tempoh tiga bulan selepas pelancaran pada Khamis, menjadikan jumlahnya sebanyak 18,000 unit.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata model baharu itu akan berada di bilik pameran syarikat berkenaan di seluruh negara mulai Khamis.

"Ia berharga daripada RM44,300 sehingga RM55,300. Kami menjangka versi dengan warna-warna baharu seperti glittering silver, lava red, mystical purple dan peppermint greeen akan mewujudkan permintaan yang lebih tinggi daripada pengguna," katanya kepada pemberita selepas majlis pratonton tidak rasmi model baharu itu di sini Rabu.


Kereta Myvi baharu ini menampilkan Eco Idle dimana enjin akan ditutup secara automatik apabila kereta dihentikan dan dihidupkan kembali selepas pedal brek dilepaskan.

"Dengan aerodinamik yang lebih baik, angka penjimatan bahan api akan berada pada 20.1 km/l untuk 1.5 AT," katanya.

Model ini didatangkan dengan lima varian; 1.3 Standard (TM), 1.3 standard G (AT), 1.3 Premium X (AT), 1.5 High (AT), dan 1.5 Advance (AT).


Katanya, orang ramai boleh menyaksikan model tersebut di Malaysia Autoshow, Taman Pameran Pertanian Malaysia Serdang mulai Khamis sehingga 12 November ini.

Harga untuk lima varian:

> 1.3 Standard G (MT): RM44,300
> 1.3 Standard G (AT): RM46,300
> 1.3 Premium X (AT): RM48,300
> 1.5 High (AT): RM51,800
> 1.5 Advance (AT): RM55,300



Myvi, Perodua

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain