KUALA LUMPUR: AirAsia menawarkan sehingga 5 juta tempat duduk percuma dari 13 November 2017 hingga 19 November 2017 untuk perjalanan antara 7 Mei 2018 dan 31 Januari 2019 di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia. Nikmati tambang daripada serendah RM0 ke destinasi seperti dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Yangon, Siem Reap, Krabi, Surat Thani, Chiang Mai, Lombok, Phuket, Solo, Brunei, Sihanoukville, Luang Prabang, Nha Trang dan banyak lagi. Penerbangan AirAsia (AK), kata syarikat penerbangan itu. "Penumpang juga boleh menikmati tambang mulai RM239 dari Kuala Lumpur ke Xi'an, Hangzhou, Shanghai, Wuhan, Perth, Hokkaido dan banyak lagi, serta Jaipur yang baru dilancarkan daripada RM289 ** bagi penerbangan AirAsia X (D7). Penumpang yang membuat perjalanan dengan AirAsia X juga boleh menikmati kemudahan Premium Flatbed yang memenangi anugerah, pada harga tambang mulai RM699 dari Kuala Lumpur ke Taipei, Chongqing, Wuhan, Kathmandu, Delhi dan lain-lain," katanya syarikat penerbangan tambang rendah itu dalam kenyataan di sini Ahad. Ahli AirAsia BIG boleh menikmati akses keutamaan dan dapat membuat tempahan di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia atau menebus penerbangan melalui aplikasi mudah alih BIG AirAsia mulai 12 November 2017. Rakan lain juga boleh mengakses promosi 24 jam lebih awal. Ahli kad Prabayar Master BIG boleh berbuat demikian di airasia.com dan menikmati Yuran Pemprosesan Sifar. AirAsiaGo dan AirAsia Expedia boleh mengakses promosi di laman web masing-masing, manakala ahli kad kredit AirAsia-Citi akan menerima pautan keutamaan eksklusif dari bank. Untuk maklumat terkini, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia). - BERNAMA