SUBHANALLAH! Gara-gara terlupa melafazkan kalimah suci Lailahaillallah, pelakon Saharul Ridzwan hampir lemas dan merasai sendiri detik hampir berdepan kematian. Cerita Saharul, 32, kejadian menakutkan itu berlaku selepas dia mempersoalkan tahap keimanannya terhadap hari kematian. "Saya masih teringat kejadian semasa saya mandi air terjun, sebelum itu saya ada bertanya dengan emak, ada tak hadis atau kitab bercerita tentang berimannya kita dengan kematian... macam mana rasa takut mati? Akhirnya Allah bagi cash saya merasainya! ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz dapat hidayah masa ‘scroll’ Instagram, hati tergerak DM kumpulan tabligh - “Allah bagi sedikit rasa manis... MasyaAllah” "Mula-mula saya terjun dalam air dengan menyebut Lailahaillallah, seronoklah terjun semasa itu tanpa apa-apa masalah sehingga ada sekumpulan remaja suruh saya terjun lagi... tapi kali kedua ni saya lupa nak sebut kalimah itu. "Saya hampir lemas, rasa ditarik ke dalam air macam dah nak mati, saya mengucap... saya nampak ada kaki di atas dan saya tarik untuk naik... remaja tersebut tanya saya kenapa? Lemas? View this post on Instagram A post shared by Dakwah Tabligh (@dakwahtablighmalaysia) "Nampak situasi tu macam biasa saja... samalah macam hidup zahirnya nampak sedih dan sakit itu semua tapi kita yang rasa tak boleh nak cakap. Saya terus istighfar... takutnya!" katanya. Saharul berkongsi hal berkenaan menerusi video membincangkan tentang tajuk erti 'sebuah penghijrahan' yang dikongsikan di Instagram Dakwah Tabligh Malaysia. Turut kelihatan dalam rakaman perbincangan tersebut ialah pelakon dan penyanyi Alif Aziz yang kini mula mendekatkan diri dengan agama. Saharul kongsi pengalaman dalam perbincangan di Instagram Dakwah Tabligh. Dalam pada itu, Saharul berkata dia kini lebih memahami mengenai Islam selepas mengikuti kumpulan jemaah tabligh. Dia bersyukur dengan nikmat yang dimiliki hari ini dan percaya apa yang berlaku adalah atas keizinan Allah SWT. "Selama 32 tahun kita cakap Lailahaillallah hanya sekadar di mulut sahaja tapi kita tak betul-betul faham. Sebelum ini tiga hari saya keluar (mengikuti tabligh), saya demam pula. "Semasa itu saya tanya kenapa Allah nak duga... sampai la saya ambil paracetamol. Saya cakap ubat ni tak boleh baikkan aku tapi aku makan dengan izin Allah untuk ubatkan aku. Apabila Allah bagi kita faham tentang agama, makin lama perasaan makin takut sebab takut Allah ambil semula apa yang kita faham ini! SAHARUL RIDZWAN PELAKON “Alhamdulillah demam elok sedikit... daripada situ saya fikir Allah nak tunjuk kuasanya. Adakah makan ubat dapat legakan sakit? Tak! Semuanya dengan izin Allah," ujarnya. Mahu istiqamah mencari keredaan Allah, pelakon drama Cinta Sekali Lagi ini berkata dia selalu berpesan kepada isterinya iaitu Qaabila Deena Emir Mohammed Akif Emir untuk terus berdoa. Ini kerana dia takut jika hidayah dan pemahaman mengenai agama yang mereka miliki itu ditarik semula oleh Allah. Saharul bersama isteri tercinta, Deena. "Apabila Allah bagi kita faham tentang agama, makin lama perasaan makin takut sebab takut Allah ambil semula apa yang kita faham ini. "Setiap hari saya cakap dengan orang rumah kita kena berdoa selalu sebab kita tak tahu bila-bila sahaja Allah boleh tarik (nikmat yang ada). "Sebelum ini tiga kali saya pergi ke Makkah, saya berdoa jadikan saya pelakon hebat, minta berlakon filem aksi, minta anak perempuan... semua Allah bagi! Tapi saya kesal tak minta Allah pelihara iman saya, hanya minta hal dunia. "Teringat sebelum ini Allah dah bagi petunjuk awal untuk saya kembali kepada-Nya.. pada tahun 2016 saya kemalangan, kereta rosak teruk tapi satu luka pun tak ada pada saya, Allah dah bagi petunjuk tapi kita masih tak sedar lagi," ceritanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!