suria

“Tolong pantau pentaksub anda!” - Ernie Zakri minta peminat henti bertelagah, tiada masalah dengan Aina Abdul

Ernie mohon peminat tidak membandingkan dirinya.

TINDAKAN seorang pengguna Twitter yang meminta Aina Abdul memantau peminat fanatiknya yang membuat komen negatif terhadap Ernie Zakri mengundang pertelingkahan dalam kalangan penggemar kedua-dua penyanyi terbabit.

Ia berikutan terdapat pengguna YouTube yang didakwa sebagai peminat fanatik Aina meninggalkan pelbagai komen kebencian terhadap Ernie menerusi video muzik lagu Jemput Raya.

"Aina Abdul tolong pantau pentaksub-pentaksub anda. Gigih betul balas komen orang yang semenangnya enjoy menonton video Ernie tanpa rasa kebencian kepada sesiapa pun," katanya.

WhatsApp Image 2023-04-20 at 2.29.08 PM

Antara komen peminat yang diterima.

Susulan kekecohan yang bertukar 'perang' antara peminat, Erni atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 30, tampil bersuara kerana melihat perkara itu di luar kawalan.

"Setiap individu mempunyai pendapat masing-masing. Pada awalnya saya tak kisah sangat tapi apabila dah jadi negatif , saya rasa perlu bersuara.

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert Satu Suara Datuk Seri Siti Nurhaliza Vol. 3 kembali, kali ini tampil Jay Jay dan Ernie Zakri

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu Shafi suka lenggok Melayu Ernie Zakri, Aina Abdul pula banyak layan perasaan

"Saya tidak kisah mereka tidak suka kepada saya, itu normal. Ada orang tak suka cara saya menyanyi, ada pula sebaliknya. Saya okay sahaja," katanya.

Ernie berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran dimuat naik di Twitter miliknya.

Dalam pada itu, Ernie menasihatkan agar semua pihak menghentikan budaya perbandingan di antara penyanyi sebaliknya meraikan sokongan kepada semua.

Tambah penyanyi lagu Ku Bersuara ini, dia tidak suka melihat peminat bertekak sesama sendiri apatah lagi memanjangkan perkara yang disifatkan tidak sepatutnya berlaku.

"Tolong jangan buat macam ini. Kita tak perlukan sokongan berbentuk negatif seperti ini. Mari sama-sama meraikan semua penyanyi. Tak suka saya tak apa, saya okay sahaja.

"Tapi jangan gaduh-gaduh macam ini, tak best. Saya rasa saya perlu bersuara sebab ia sudah berpanjangan," jelasnya.

ernie2 - 1

Ernie tidak mahu peminat bergaduh.

Sementara itu, Ernie juga menjelaskan hubungannya dengan Aina tidak pernah bermasalah dan memohon peminat berhenti bertikam lidah di media sosial.

"Industri ini kecil sangat. Kalau tidak mahu sokong tidak mengapa. Nak sokong, Alhamdulillah. Jangan gaduh-gaduh okay. Jangan stress!

"Kami dekat sini okay sahaja. Kenapa kena serabutkan fikiran anda semua? Tolong buat baik kepada orang lain, jika bukan dengan saya tapi orang lain," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain