suria

Lantang bersuara isu Palestin, Dior pecat Bella Hadid ganti dengan model Israel

Bella Hadid terima ugutan bunuh dalam kalangan netizen.

GARA-GARA sering membuat hantaran mengenai keganasan tentera rejim Zionis terhadap rakyat Palestin di media sosial, model terkenal Bella Hadid telah dipecat oleh syarikat kosmetik antarabangsa iaitu Dior daripada menjadi dutanya.

Syarikat berkenaan turut bertindak mengantikan Bella dengan model dari negara Israel iaitu May Tager kerana kurang senang melihat hantarannya di media sosial yang menyokong Palestin.

Ekoran daripada pemecatan itu, pelbagai komen diterima dalam kalangan netizen.

BELLA

Bella Hadid dipecat Dior

Bella atau Isabella Khair Hadid, bagaimanapun memilih untuk tidak memberikan sebarang komen lanjut berhubung perkara itu.

Sebelum ini Bella mendedahkan dia menerima mesej ugutan dan nombor telefon peribadinya juga telah tersebar dan mengakibatkan dia sering diganggu malah kehidupan keluarganya juga turut terancam saat ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Hadid masuk hospital, dedah derita penyakit lyme sejak 15 tahun lalu

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Hadid harap dapat jalani Ramadan dengan tenang dan penuh keberkatan

“Saya menerima ratusan ugutan bunuh setiap hari, nombor telefon saya juga dibocorkan, dan keluarga saya juga rasa dalam bahaya. Tapi saya tidak boleh diam lagi. ketakutan bukanlah suatu pilihan.

"Rakyat dan anak-anak Palestin, khususnya di Gaza, tidak boleh membiarkan kami diam, kami tidak berani jadi mereka berani,” tulis Bella.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain