suria

Eminem rai kejayaan 16 tahun tanpa dadah, senaman bantu atasi ketagihan

Eminem memberitahu senaman banyak membantu dia mengurangkan ketagihan.

PENYANYI rap Eminem mencipta sejarah tersendiri apabila bebas daripada penyalahgunaan dadah selama 16 tahun baru-baru ini.

Eminem atau Marshall Mathers, 51, berkongsi perkara itu dengan memuat naik foto dia memegang cip bagi menandakan kejayaannya tersebut.

Pada 2007, penyanyi rap itu mengambil dadah secara berlebihan dipercaya 75 ke 80 biji dadah jenis Valium sehingga hampir meragut nyawanya.

eminem2 - 1

Eminem memegang cip bagi menandakan kejayaan bebas daripada penyalahgunaan dadah.

Semenjak itu dia berazam meninggalkan tabiat buruk berkenaan dengan menyertai pelbagai program pemulihan ketagihan dadah.

Sebelum kejadian itu, Eminem mendedahkan dia biasanya akan mengambil sekurang-kurangnya 20 biji pil bagi membolehkan dia berfungsi.

ARTIKEL BERKAITAN: Eminem bakal terima menantu, anak perempuan umum sudah bertunang

ARTIKEL BERKAITAN: Kemunculan Eminem buat Billie Eilish bingung, netizen kata terlalu muda untuk faham muzik hip hop

Eminem memberitahu anak perempuannya iaitu Hailie Jade dan dua anak angkatnya, Alaina dan Stevie turut menjadi pemangkin semangat untuk dia nekad meninggalkan najis dadah.

"Tanpa anak-anak saya tidak mungkin dapat lakukan perkara ini (tinggalkan dadah). Mereka adalah sumber inspirasi terbesar saya.

"Kejadian mengambil dadah berlebihan juga membuka mata saya tentang bahaya dadah," katanya.

Selain masuk pusat pemulihan, Eminem memberitahu senaman banyak membantu dia mengurangkan ketagihan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain